BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, November 8, 2010

study week?????? aka study weeks...

kak dilah ckap blog ni cam diari yek.apekah mkna blog dari kamus dewan bhasa????. wakakaka.. x pulak ak taw... ak sbnaqnye mmg suke bab2 berbobok ni... berbobok?????? berbobok ni ermmm... agak2 cam berceloteh laa... hermmm... story idop kini adalah UPSI!!!!! hermmmm... study week 3 mngu koooooooootttt... wow!! bab kate tak cukop patah.. kalo lame camni xley 4 flat jugak xtawla...hahahaha.mcm le terror sgt. jgn fall flat sudaa.. ari ni 8 aribulan 10 2010 ... man ma'na, study week kami da pon blalu slama 7 ari.. dan ape yg aku ingt xtvt x wajib yg bermaharajalela adalah tido dan makan dan muka buku... fb fb knape la ko sgt membosankan tp ak mgadap ko tiap2 ari... aduhaiii arinah2... spjg 7 ari ni jugak.. mukeku yg sedikit gelap sumber sun burn sebab bawu balik camping pngakap yg sgt x thingga bestnye telah kembali menemui sinar chaya yg betol.hasil utama dari lgsg x kluar rumah ++ tyme tghari.. al2 pattison vampire pon ade gak... mksudnye muke da putih kembali.opsss!!!! putih ke????eh2 .. bukan putih.. sawo2 matang laa.. terperasan putih pulak... cakap sal putih.. sape la yg xmaw jg muke supaya kekal putih dan gebu.. dah name pon pempuan.. ak jage muke pkai pencoci muke safi.. haaa... halal lg suci.. mn taw tup2 jd cntik mcm dynas.. hhuhuhu.. astaghfiruAllahalazim. ni kes mnusia x bersyukur ke ape ni???.. ya Allah sesungguhnya aku bersyukur akan segala nikmatmu ya Allah.. cantikkanlah akhlakku sebagai mana kau cantikkan rupa parasku ya Allah.. haaa... ni jugak doa kite tyme mngadap cermin taw.. semua makhluk Allah cantik memang cantik dan jgnlah sesekali korang ragu akn hal ini... errr... lari topik dah.. hermmmm.. nak dijadikan crite.. ai ni ak ngan kawan2 mencipta sejarah ke library... wo!!!!!!!! rase diri sgt2 hebat.. huhuhuhu.. kami buat sesi perbincangan subjek fizik 2 yg mmg lah sbnanye dah pown kami blaja tyme matrik dulu tapi masih dan tetap memeningkan.haduiii pe nk jadi..keupayaan ciptaan mana2 komputer x mngkin menandingi otak kita saudara dan saudari.. tapi... entah knape bile da denga kwan2 explen 2 bab petama.. waaaa... xlarat da nk denga+ trima dah.. hermmm... hermmm.. bermaksod sgtlah pemalas saya krana x biasa melatih otak utk menerima ilmu2 itu.. hihihihih... betol ke ntah ape ak ckp ni.. tp percayalh keupayaan otak sbnaye adalah sgt hebat.. so???? tajamkan minda.. luaskan fikiran.. trima ilmu dengan bermulanya doa pada-Nya..smoga kita diberi kemudahan dlam menerima sesuatu ilmu.. chaiyok upsi guys!!!!!!! same2 kite doakan kjayaan kita... jgn la mudah2 putus asa..tyme nak balik tuu.. tersebutlah kisah ak nk cite mase nk anta buku kimia analisis yg kwan ak tlg pinjamkan.. maka sgtlah ak rase kekok sebab ak x penah jlnkan xtvt seumpama itu.. maka.. ak pon bjalan ke kaunter "tempat pemulangan buku" .. haaaa, naseb baik ade sign kt counter, kalo x xtaw la pegi tang mane.. ahahahahaha... tyme nk anta buku tu maka pekerja citu pon tny laaa..pinjam ke hantar????? hantar cik.. hiihihihi.. aku pon dok la citu tngu arahan strosnye.. lamee kat citu tp die tgk je aku.. ak pon sengih la.. dan die pown kate aih kate nk anto mane bukunye.. kad matrik skali ye,, die ambik buku scan kad matrik ak... and.. done!!!!! hihihihihi.. ak termenung sketika.. laaaa senang sgt2 la maw anta buku ni ropenye.. pinjam pon mstila same jek.. hahahahha.. mnampakkan ak ni mmg seorang ulat buku bjaya..korang nk jd pndai kena la rjin2 p library ,pnjam dan bace contentnye.. stakat pinjam pastu bagi rumah percume utk spider x kire seyh!!!! fuuhh.. korang imagine la kalo korang bace bnyk2 buku kt library tu bebb.. pndai2... ak pon nk jadi mcm tu la nii.. tnguuu... hihihihihi... well.. gitule sdikit sbnyak citenye.. mtk maaf klemahahan penulisan dan pemahaman ak... UPSR A koooottt subjek2 nii.jgn men2 ye.. hahahahahaha... bestnye tulis diari kat laptop.. sakit bahu2 ku rase.. hermmm.. camne la yek bloggers2 tegar tuu.. hihihihiiihihi...a dios... hope to see myself again by tomorrow.. assalamualaikum...

Thursday, October 7, 2010



jom ler kite blaja ciket pasai cinta naaa...sebab ak pon xtaw nk tulis ape dah kt blog aku niey... cinta ni sukar untuk ditafsirkan sbenarnye sebab skopnye trlalu mluas.. jadii... aku pon ambik lah esei yang telah aku antar untuk assigment education aku.. x sdap sgt koottt dan mungkin agak boring membacanya.. boring membacenye tapi xpela.. ilmu ni kaannn..kena bringat slalu.. byangkan stitik air di laut je ilmu kite sdara sdari skalian.. jomlah same2 jadikan setitik setengah ok la jugak.. lain dan lebih banyak sikit dari orang lain.tapi kena ingat!!!! ilmu yang setitik dari air laut ni bagi melambangkan kuantiti ilmu kite sahaja semata2.. sekiranya ilmu ini diberi dan diajarkan kepada orang lain, nescaya makin bertambahlah ilmu itu dan bukannya berkurang jadi separuh titik air laut jer.... pesanan ini dibawa oleh penaja dan pngajarannya adalah janganlah kodokut ilmu.. kerana itu adalah sifat yang tak terpuji.. ..sbnaqnye aku sdiri pon bcinta jugak.xpala na.. jiwa muda remaja.tapi ingat la batasan- batasan yang kita memang konfem taw itu.. .. Cinta Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah..ade jugak idea aku.. ade jugak yg aku copy..slamat membaca..

Dewasa ini, terdapat banyak isu atau masalah yang melibatkan remaja khususnya pelajar sekolah menengah. Mereka sangat suka menghabiskan masa dengan kegiatan yang tidak berfaedah seperti ponteng, berkumpul di pusat-pusat hiburan, menghisap rokok, melawan guru dan banyak lagi. Sesetengahnya ada yang terlibat dengan jenayah serius seperti penyalahgunaan dadah, mencuri, memasuki kumpulan haram terlibat dengan kegiatan pelacuran dan sebagainya. Esei pada kali ini merujuk kepada salah satu isu yang dibincangkan masa kini iaitu percintaan dalam kalangan pelajar sekolah menengah. Apa yang menarik bagi isu ini adalah perbezaan pandangan orang ramai mengenai isu ini kerana ada pihak yang memandangnya sebagai satu budaya yang tidak harus wujud dalam kalangan remaja, ada juga yang memandangnya secara positif dan ada juga secara neutral kerana tidak merasakan ia memberi apa-apa kesan kepada diri. Jadi, kajian yang bertepatan dan kupasan yang menarik adalah perlu agar remaja terbimbing kearah yang betul.

Cinta mempunyai definisi tersendiri dan ia sukar diolah dalam bentuk kata-kata kerana ia bersifat abstrak. Cinta adalah sesuatu yang hanya mampu dirasa oleh perasaan dan tidak mungkin dapat dilihat dengan mata kasar. Menurut Kamus Dewan edisi ketiga,cinta bermaksud perasaan atau berperasaan sangat sayang kepada sesuatu atau sesorang. Selain itu, cinta juga bermaksud perasan yang wujud antara lelaki dan perempuan. Dalam memberikan pendapat tentang cinta, Imam Al-Ghazali di dalam bukunya Kimia as-Sa'adah (Rahsia kebahagiaan) mendefinasikan cinta sebagai "Satu kecenderungan yang membawa kepada perasaan yang menyenangkan. Ia adalah tarikan pemikiran, kesudian dan kecenderungan kepada yang disukai. Manakala ilmuan tersohor, Profesor Dr Hamka dalam memberikan pendapat tentang cinta menyatakan bahawa, "Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit, bersih dan suci. Cuma tanah yang lain-lain menerimanya.
Jika ia jatuh ke tanah yang tandus, tumbuhlah kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur, di sana akan tumbuh kesucian hati, keikhlasan, budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji". Begitulah indahnya definisi cinta untuk halwa hati daripada dua ulama yang tersohor ini. Namun persoalan yang timbul adalah bagaimana pula definisi cinta dalam kalangan remaja kini? Adakah ia selari untuk menghasilkan insan yang terbaik dari pelbagai aspek atau hanyakah adat yang dipentingkan? Segala aspek perlu diambil kira untuk kesejahteraan bersama terutamanya untuk remaja masa kini yang bakal menjadi pemimpin masa hadapan.

Cinta cuba ditafsir dan diberikan definisi sejak dari dahulu lagi. Tamadun Sumeria dan Babylon menulis epik cinta Gilgamesh sekitar 2000 sebelum Masihi. Tamadun Mesir dengan syair-syair cinta di atas lembaran papyrus dan pasu-pasu tanah liat sekitar 1300 dan 1000 sebelum Masihi, tamadun di Cina mencipta lagu-lagu cinta dan pertama kali didokumentasikan antara 1000 dan 700 sebelum Masihi. Ahli-ahli falsafah dan pemikir dari Plato ke Martin Luther, dari Kierkegard dan Nietzsche hinggalah Santayana dan Santre, masing-masing membawa interpretasi sendiri tentang apa itu cinta. Fenomena cinta kini dapat dilihat dengan pendekatan sains apabila para saintis mendapati cinta amat mempengaruhi biologi manusia,lebih-lebih lagi aktiviti otak. Cinta itu adalah tarikan emosi yang percaya kepada nilai-nilai terbaik dalam hidup yang dikongsi bersama pasangan berteraskan kepercayaan dalam memenuhi matlamat hidup bersama. Setiap dari kita menginterpretasikan cinta dengan pelbagai maksud. Kita mewakilkan perkataan cinta dengan perkataan-perkataan lain seperti amanah, percaya satu sama lain, sedia berkorban, ikatan sepanjang hayat dan seumpamanya. Sehingga kini ia masih bersifat misteri dan kemampuan kita untuk mengetahui apa itu cinta tidak sepenuhnya.

Walaubagaimanapun, definisi cinta ini dapat diperkecilkan lagi skopnya melalui tajuk tugasan yang diberi. ”Percintaan dalam kalangan pelajar sekolah menengah” bermaksud satu proses dalaman manusia yang melibatkan perasaan kasih sayang antara lelaki dan perempuan dalam kalangan pelajar sekolah menengah. Melalui penulisan ini, segala topik yang berkenaan isu ini akan dibincangkan seperti analisis masalah, statistik, punca, kesan dan juga cara penyelesaian terbaik bagi mengatasi masalah percintaan sekiranya ia membawa pelajar kepada satu perubahan yang negatif.

Antara faktor yang menyebabkan pelajar sekolah menengah terjebak dalam percintaan adalah kerana mereka inginkan keseronokan. Keseronokan merupakan satu perkara yang melibatkan perasaan yang menyenangkan atau menyedapkan hati.

Golongan manusia apatah lagi remaja sering sahaja ingin mencari keseronokan di muka bumi ini kerana merasakan apa yang mereka lalui pada setiap hari adalah satu kebiasaan dan perlu ada satu unjuran masa untuk melakukan perkara lain yang berbeza agar tidak kebosanan. Banyak pengisian positif yang dilakukan remaja untuk mencari keseronokan ketika belajar sebagai contoh mengikuti perkembangan kokurikulum di sekolah, membantu guru, mengikuti kelas tuisyen, bersiar-siar bersama kawan- kawan dan sebagainya. Manakala bagi remaja yang bermasalah, mereka mula memperkenalkan diri dengan aktiviti yang tidak sihat seperti melepak tidak tentu hala, berjinak dengan dunia dadah, seks bebas, pelacuran, dan banyak lagi yang pastinya membawa kepada impak negatif kepada pelajar tersebut. Salah satu alternatif yang diambil oleh remaja pada masa kini adalah dengan bercinta. Percintaan dikatakan satu pengisian kerana ia bukan merujuk kepada perasaan kepada semata-mata. Apabila seseorang melibatkan diri dalam percintaan, masa mereka dihabiskan dengan perkenalan, kemudian apabila mula bercinta, semakin banyak masa dihabiskan antara pasangan seperti saling membalas mesej, berbual melalui telefon, belajar bersama-sama, dan sebagainya. Persoalan yang timbul adalah adakah pengisian ini boleh dikategorikan sebagai masa berkualiti?

Faktor yang seterusnya adalah kerana pengaruh persekitaran seperti pengaruh rakan sebaya dan pengaruh pihak media. Rakan sebaya merupakan sekumpulan remaja yang sama dari segi umur, pendidikan, kelas sosial dan minat. Kebanyakan remaja lebih gemar meluangkan masa bersama rakan- rakan mereka dan lebih cenderung meluahkan perasaan kepada rakan mereka sendiri berbanding kaum keluarga. Keterbukaan dua hala ini menjadikan rakan sebaya sebagai pengaruh yang hebat kepada remaja masa kini. Kajian dari Student Social Support menyatakan bahawa rakan adalah sesuatu yang paling penting dalam hidup pelajar. Rakan sebaya penting dalam kehidupan remaja kerana mereka dapat dijadikan alat perbandingan dengan remaja tersebut serta bertindak sebagai panduan apabila menilai diri dari segi tingkahlaku, personaliti, kemahiran, kebolehan dan lain- lain. Menurut Hartup (1983), rakan sebaya bertindak sebagai model sosial. Ini bermaksud rakan sebaya memberitahu cara mereka perlu bertingkahlaku dalam situasi yang berbeza dan diatas sebab itulah remaja gemar meniru tingkah laku rakannya. Sebagai contoh, seseorang akan turut bercinta apabila rakan mereka menyuruh mereka kearah itu dan mungkin juga apabila remaja tersebut melihat rakan mereka bercinta, dia juga ingin bercinta. Larson dan Richards berkata, ibu bapa kekal sebagai orang penting dalam kehidupan remaja tetapi tahap kemesraan antara ibu-bapa dan anak pada kebiasaannya akan menurun semasa remaja. Seltzer dan Waterman (1996) mengatakan bahawa rujukan utama remaja tentang tingkahlaku ialah kumpulan rakan sebaya kerana mereka adalah tempat melafazkan fikiran dan emosi. Prof Dr Fatimah Yusoff, Ketua Program Psikologi UKM berkata, kawan-kawan menjadi orang yang paling rapat dengan remaja. Kawan yang baik, boleh membimbing mereka kepada kebaikan, namun jika tersilap memilih kawan, akan mempengaruhi mereka kepada perkara-perkara yang buruk. Selain itu sikap remaja turut menyumbang kepada gejala sosial kerana mereka terlaulu mudah mempercayai orang lain. Umpamanya, jika mereka merasakan rakan- rakan mereka lebih rapat dan lebih memahami, dengan mudah mereka akan mengikut apa yang dilakukan oleh rakan- rakan. Jadi jelaslah bahawa rakan sebaya merupakan penyumbang aktif kepada remaja yang terjebak dalam percintaan di alam sekolah menengah.

Menurut Nur Mawaddah dalam kajian tesisnya, media merupakan satu alat yang mampu merangsang dan mempengaruhi sikap serta tingkah laku individu atau masyarakat merangkumi semua aspek kehidupan manusia. Ini kerana, media berperanan dalam membina identiti bangsa dan budaya untuk pembangunan keseluruhannya. Di peringkat budaya, media massa di harap supaya menjadi jambatan penting bagi mewujudkan dialog antara agama dan peradaban pelbagai bangsa di dunia negara agar ia menjadi semakin penting kepada dunia dalam menuju era globalisasi iaitu dunia tanpa sempadan. Oleh itu, pelbagai kemudahan sosial dan budaya disalurkan melalui televisyen, VCD, majalah, buku cerita, radio, telefon bimbit, internet, dan lain-lain kemudahan yang sedia ada. Media massa bukan sahaja merupakan saluran maklumat bagi memperolehi hiburan dan pengetahuan, tetapi juga mencorakkan pelbagai tingkah laku sosial, budaya, perkembangan personaliti dan seterusnya memperkasa kendiri individu sama ada ke arah positif ataupun sebaliknya. Justeru, pengaruh negatif media massa yang terdiri daripada media cetak dan media elekronik ini sebenarnya secara tidak langsung mempengaruhi tingkah laku masyarakat dan dalam kes ini adalah remaja khususnya. Dewasa ini, tidak dapat dinafikan bahawa hampir semua remaja melibatkan diri secara tidak langsung dengan pihak media. Mereka menjadi penyumbang terbesar kepada apa yang disebarkan oleh pihak media. Sebagai contoh, remaja masa kini sangat gemar menonton televisyen, melayari internet, membaca majalah, mendengar radio, dan banayak lagi. Pengisian masa dengan bahan media menjadikan remaja terikut-ikut dengan apa yang dibaca, dipertontonkan dan diperdengarkan oleh media. Sebagai contoh, seorang remaja yang membaca novel cinta, menyebabkan hati mereka tersentuh oleh kata-kata puitis dalam novel seterusnya mendorong mereka untuk bercinta. Apabila remaja melihat perlakuan orang yang bercinta di dalam televisyen, juga menyebabkan individu remaja terbabit tergerak untuk melakukan perkara yang sama kerana otak mereka telah terangsang kearah itu. Menurut kajian yang dijalankan oleh Prof. Madya. Md. Nor Othman di dalam Samsudin A.Rahim,1998:102), didapati bahawa berbanding remaja bukan Melayu,remaja Melayu mempunyai tabiat media yang paling negatif di mana rata-ratanya lebih sukakan majalah berbentuk murahan dan hiburan seperti URTV, Variapop,Gila-Gila, Gelihati, Ujang dan sebagainya berbanding dengan majalah yang berbentuk ilmiah seperti Dewan Siswa, Dewan Masyarakat, Dewan Budaya, dan sebagainya. Begitu juga, dengan program-program TV yang ditonton, didapati mereka lebih meminati program berbentuk hiburan seperti rancangan Melodi, PopKuiz melebihi program yang berbentuk keagamaan dan maklumat semasa. Senario remaja hari ini mendorong remaja untuk bercinta kerana bacaan mereka adalah kearah itu. Sama ada ia melibatkan pelajar sekolah atau penuntut Institusi Pengajian Tinggi. Melihat kepada sebab-sebab konkrit diatas, jelaslah bahawa salah satu faktor yang mendorong remaja untuk bercinta dalah pengaruh daripada media massa.

Apabila seseorang manusia terlalu mengejar keseronokan dalam percintaan, manusia akan mula lupa akan hakikat sebenar perjuangan hidup di muka bumi ini. Begitu juga dengan remaja yang masih belum hadir kematangan dalam pemikiran mereka. Sebagai seorang pelajar, fokus utama ke sekolah adalah untuk menimba ilmu secara meluas seterusnya menjadi seorang insan yang berguna kepada diri, agama dan masyarakat. Sekiranya pelajar bercinta, dikhuatiri pelajar terbabit akan tenggelam dalam arus percintaan yang tiada batasan. Tidak dapat dipersalahkan mana- mana pelajar sekiranya mereka jatuh cinta kerana itu sememangnya menjadi lumrah manusia untuk menyukai seseorang akibat dari detikan hati mereka. Namun, perasaan ini sebenarnya boleh membawa kepada tindakan lanjut yang membawa kemudaratan kepada pasangan pelajar terbabit. Mula-mula bercinta dengan niat ingin menghilangkan kebosanan, tetapi akhirnya bentuk keseronokan yang cuba dilakukan menyebabkan mereka lupa pada diri sendiri dan tanggungjawab kepada persekitaran. Islam tidak melarang umatnya mencari hiburan dan menyenangkan diri sendiri namun mestilah dengan cara tertentu dan berpaksi kepada tuntutan agama yang sebenar. Ajaran Islam sendiri menghadkan batasan mencari keseronokan kerana kesannya pasti negatif sekiranya manusia tenggelam dalam keseronokan. Sebagai contoh, apabila individu sedang belajar dan menerima mesej atau panggilan daripada pasangan, pelajar terbabit akan lebih cenderung untuk membalas mesej tersebut atau menerima panggilan kerana perkara ini bagi mereka adalah lebih menyeronokkan daripada membaca buku. Nampak remeh, tetapi sebenarnya pelajar tersebut telah meninggalkan waktu berkualiti dan menjadikan masa mereka sia- sia sahaja sedangkan menuntut ilmu itu adalah sesuatu yang jauh lebih bermakna dalam kehidupan seorang insan. Salah satu fakta tentang pencarian keseronokan dalam kehidupan adalah budaya hedonisme. Hedonisme berasal daripada perkataan Greek yang membawa maksud keseronokan dan kemeriahan. Budaya hedonisme pula merupakan satu fahaman falsafah bahawa keseronokan merupakan matlamat utama dalam hidup. Menurut Kamus Dewan edisi ketiga, budaya didefinisikan sebagai cara berfikir dan berkelakuan. Manakala hedonisme pula ialah pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup. Secara kontekstualnya pula, budaya hedonisme membawa maksud gaya hidup yang hanya mengejar keseronokan semata-mata. Budaya yang berasal dari negara Barat ini sebenarnya merupakan barah yang makin mengancam jiwa remaja masa kini, dan seterusnya merapuhkan adat hidup berkualiti yang merupakan pegangan hidup masyarakat Malaysia pada suatu masa dahulu. Konsepnya, sentiasa memikirkan keseronokan hidup tanpa memikirkan apa yang berlaku masa hadapan. Bukan sahaja lupa akan kebajikan pada diri, malah mereka akan lupa tanggungjawab kepada ahli keluarga, saudara mara, dan rakan-rakan yang lain kerana terlalu asyik dengan pasangan mereka. Kesannya, hubungan kekeluargaan mula luntur akibat terlalai dengan urusan cinta.

Kesan yang seterusnya akibat dari bercinta adalah meningkatnya budaya negatif dalam kehidupan masyarakat pembawaan daripada media massa. Pembentukan watak remaja banyak dipengaruhi oleh media massa seperti radio, televisyen, akhbar, majalah, filem, telefon, papan iklan, dan pelbagai jenis lagi yang memaparkan beraneka bentuk informasi, berita, dan mesej. Justeru, kesilapan dalam memilih bentuk hiburan boleh menjadikan manusia ketandusan akhlak dan mudah terikut-ikut dengan budaya yang diserapkan Barat yang akan menyebabkan generasi akan datang semakin rosak akhlak dan budayanya. Contohnya, televisyen menayangkan filem-filem yang berlatar belakangkan budaya dan masyarakat asing. Adegan ganas dan 'panas' dan segala jenis hiburan sentiasa dipamerkan. Selain itu, penggunaan internet disalahgunakan di mana remaja dengan mudah dapat meneroka laman-laman web seks. Hasilnya, didapati remaja bercinta terikut-ikut dengan apa yang dilihat dan didengar walaupun apa yang dibuat itu bertentangan dengan nilai-nilai agama dan budaya ketimuran. Anehnya, apa yang diikut itu kebanyakannya bersifat negatif. Akhirnya, timbul pelbagai tingkah laku sumbang seperti pakaian yang tidak senonoh, kelakuan kasar dan biadab, tidak menghormati orang tua, bersekedudukan tanpa nikah antara lelaki dan perempuan, melacur dan sebagainya. Dewasa ini, masyarakat dilihat lebih cenderung menerima hiburan yang terlampau hingga melupakan ajaran Islam dan nilai-nilai murni serta tatasusila budaya ketimuran. Pengaruh hedonisme begitu menular hingga mewujudkan gejala-gejala yang boleh merosakkan akidah dan akhlak generasi akan datang.

Salah satu kesan negatif yang wujud kepada pelajar adalah apabila mereka putus cinta. Kesan tersebut adalah gejala kemurungan yang berpanjangan akibat rase kecewa dan membawa perubahan negatif pada individu terbabit. Menurut akhbar The Telegraph, satu kajian yang dijalankan di London mengatakan bahawa kesedihan yang dialami wanita akibat putus cinta boleh mengubah kegiatan sel otak mereka. Laporan oleh saintis Amerika mendapati kekecewaan yang dirasakan wanita selepas berakhirnya hubungan romantik dengan pasangan masing-masing boleh memberi kesan kepada otak dengan cara tersendiri dan ia tidak dapat dikesan oleh pengimbas otak. Kajian mendakwa wanita yang selalunya kecewa apabila putusnya hubungan cinta menunjukkan penurunan mendadak dalam aktiviti sel otak dalam bahagian otak yang mempunyai kaitan dengan emosi, motivasi dan perhatian. Dr Ajif Narib, yang mengetuai pasukan penyelidik di Universiti Perubatan Carolina Selatan, berkata: “Gejala kemurungan seperti mood yang tidak baik, hilang motivasi dan selera makan ialah perkara biasa yang dialami berikutan putus cinta atau kematian orang tersayang. “Bagaimanapun, perkara paling penting mengenai kajian ini ialah menjelaskan aktiviti otak berkaitan dengan kekecewaan akibat perpisahan mengikuti paten unik yang berbeza dengan jenis kehilangan lain seperti kematian.” Kajian dijalankan ke atas 11 wanita berusia antara 18 dan 40 tahun yang menjalin hubungan cinta sekurang-kurangnya enam bulan tetapi sudah berakhir 16 minggu lalu. Semua wanita terbabit mengalami masalah untuk pulih akibat terlalu kecewa dengan perpisahan mereka. Penyelidik menggunakan teknik ujian MRI untuk mengawasi aktiviti sel otak wanita berkenaan ketika mereka memberi tumpuan kepada kenangan pahit mengenai bekas teman lelaki dan suami. Ujian MRI itu kemudiannya dibandingkan dengan aktiviti sel otak lain yang dilihat ketika wanita berkenaan memikirkan perkara neutral mengenai orang lain. Keputusan imbasan menunjukkan wanita yang mendakwa menderita akibat perpisahan mempunyai perubahan otak ketara apabila berfikir mengenai hubungan cinta mereka yang sudah putus. Pakar psikiatri di universiti berkenaan, Dr Jeffrey Lorberbaum, berkata kajian itu dapat membantu melanjutkan penyelidikan mengenai punca kemurungan. Penyelidikan juga mendapati wanita berkemungkinan dua hingga tiga kali untuk mengalami kemurungan berbanding lelaki dan kawasan otak yang dipercayai berkaitan dengan kemurungan lebih aktif pada wanita berbanding
lelaki.

Setiap masalah pasti ada penyelesaiannnya. Disini, kami ingin menekankan bahawa peranan guru adalah sangat penting untuk mendidik pelajar ke jalan yang betul. Ini kerana, pelajar sentiasa menganggap guru adalah pembimbing utama mereka selepas ibu-bapa kerana banyak masa mereka dihabiskan di sekolah. Perlu diingatkan bahawa tugas guru bukanlah semata- mata untuk mengajar dan menghabiskan silibus bagi setiap subjek tetapi guru berperanan membentuk sahsiah pelajar. Akademik dan sahsiah perlu bergerak seiring untuk melahirkan modal insan yang cemerlang. Guru boleh mengambil peluang untuk mendidik remaja tentang percintaan mengikut etika yang sebenar. Sebagai contoh, mengajar selama 30 minit tentang subjek berkenaan, kemudian selitkan seketika tentang percintaan kepada pelajar. Jadikan setiap detik pengajaran itu bermakna kepada pelajar dan bukanlah berbual kosong semata- mata tetapi tanpa memberi apa-apa manfaat Selitkan kisah- kisah para anbia’ dan solihin tentang pencarian cinta sejati mereka kepada Maha Agung dimana akhirnya mereka menemui kebahagiaan berpanjangan dalam hidup mereka. Selain itu, tambahkan dengan cerita- cerita benar yang terjadi pada masa kini kepada remaja yang terlibat dengan percintaan di mana mereka akhirnya menemui titik kegagalan dalam hidup apabila ditangkap berkhalwat, melakukan hubungan seks haram, mengandung anak luar nikah dan apa yang lagi menyedihkan, bayi yang dilahirkan itu dibuang merata- rata tanpa sedikit pun belas kasihan. Pengetahuan serta pengajaran ini adalah penting untuk mengingatkan pelajar sekiranya mereka tidak pandai mengawal diri mereka di alam percintaan. Masalah yang timbul adalah kerana kebanyakan guru menganggap perkara ini sebagai sesuatu yang remeh dan tidak mampu menjadi penyelesai masalah, Sedangkan mereka boleh menjadi ejen pencegah yang terbaik kepada pelajar. Ada juga guru yang menganggap isu ini adalah sensitif dan malu unutk berbicara tentang percintaan di dalam kelas sedangkan pelajar pelajar dibiarkan kosong tanpa pengetahuan mendalam tentang percintaan serta kesannya kepada diri remaja. Apabila guru memberi pengetahuan dan kesedaran, ini akan memberi satu ransangan kepada pelajar dan memberi ruang kepada mereka untuk berfikir apakah relevanya sekiranya mereka terjebak di alam percintaan. Persoalan- persoalan yang timbul di benak fikiran pelajar akan menjadikan mereka sentiasa berhati-hati dalam memilih rakan serta menjadi titian untuk mereka menjalankan hidup yang lebih sempurna.

Dalam penyelesaian apa-apa masalah sekalipun, kesedaran kendiri adalah sangat penting kerana untuk sesuatu perubahan, kehendak perlu hadir daripada diri sendiri. Pelajar yang ingin bercinta perlu tahu sejauh mana kekuatan zahir dan batin pada diri mereka. Sebagai contoh, sekiranya seorang pelajar ingin bercinta, cuba bertanya kepada diri sendiri adakah fokus untuk belajar akan menurun, kekal sama, mahupun meningkat?. Sekiranya bercinta, masihkah batasan agama iaitu pergaulan lelaki dan perempuan mengikut syarak dapat dijaga sepenuhnya?. Sekiranya bercinta, masihkah terjaga hubungan diri dengan persekitaran?. Sekiranya bercinta, adakah kita pasti bahawa dialah pasangan yang terbaik untuk mendorong kita ke jalan yang benar?. Banyak persoalan yang perlu timbul daripada diri individu. Semua jawapan hati perlu melihat kepada pro dan kontra sekiranya ingin melibatkan diri dengan percintaan. Sekiranya remaja merasakan tidak dapat menahan diri daripada nafsu jahat apabila bercinta, janganlah sesekali mencuba untuk bercinta kerana buruk padahnya nanti. Lain pula sekiranya remaja tersebut yakin apabila dia bercinta, banyak perubahan positif yang akan dialami yang akan mendorong untuk menjadi seseorang yang jauh lebih sempurna. Walaubagaimanapun, melihat kepada kejadian serta bukti yang sudah ada di depan mata, ramai remaja malahan hampir kesemuanya lemas dalam arus percintaan. Kebanyakan remaja tidak tahu mengawal diri mereka sehingga sanggup menggadaikan maruah diri. Jadi, penyelesaian terbaik adalah merenung kembali pengajaran daripada apa yang telah berlaku kepada pasangan bercinta dan sudah pasti jawapan hati akan mengatakan untuk tidak bercinta kerana kesan buruk yang akan diperoleh pada masa hadapan. Pada pendapat kami semua, percintaan selepas perkahwinan yang sah adalah jauh lebih bermakna kerana ia kurang risiko yang membawa kepada kegagalan hidup dan kekecewaan seseorang.

Sekiranya seorang pelajar telah bercinta kemudian percintaan mereka putus di tengah jalan, penyelesaian yang terbaik adalah redha dan menerima apa yang telah ditentukan oleh-Nya. Setiap apa yang telah ditentukan pasti mempunyai makna tersirat dimana kebaikannya akan kita lihat di depan hari. Mungkin jodoh yang terbaik belum kita temui sekiranya percintaan putus lebih dari sekali. Hanya kita sebagai manusia perlu beringat bahawa segala dugaan yang datang adalah dugaan dari Yang Esa untuk mengetahui sejauh mana kekuatan kita sebagai hamba-Nya.

Friday, January 8, 2010

doa dan harapan..


scientist.. that is my ambition.. to have it in my own world.. to have my own lab.. my own research.. what to do.. can give my own hypotheses, then i check it out by my own.. acceptable or not.. sometimes.. not just sometimes.. my thinking, my mind set about science arguing with what have been taught.. no self defense.. just a student.. but for sure.. i really do, will always respect my teachers, lecturers.. they give me education.. information.. not just that, ethics in life.. Alhamdulilah.. grateful to be me.. .